~KiSah NisaFisya~

Just another WordPress.com weblog

~NaElah Al -Farafisyah~ April 1, 2009

Filed under: 1 — nysa0520 @ 7:37 AM

Naelah al Farafisyah

Naelah al Farafisyah seorang srikandi Islam yang terulung di zaman Khalifah Uthman al Affan. Beliau merupakan isteri dan penyejuk hati kepada Khalifah Uthman al Affan. Memiliki akhlak yang terpuji sebagai muslimah dan wajah yang menawan hati setiap insan yang melihatnya. Beliau merupakan sayap kiri kepada perjuangan Khalifah yang sukar untuk ditukar ganti dan juga seorang isteri yang ikhlas, setia dan taat kepada suami tersayang.

Ayah beliau seorang penganut agama nasrani, bukan dari golongan Quraisy. Namun disebabkan kelebihan yang ada pada dirinya menjadikan Naelah tetap menonjol di kalangan para muslimah ketika itu. Kecantikan rupa paras, kebijaksanaan dalam apa jua bidang, kefasihan lidahnya berbicara serta kematangan fikirannya dalam membuat keputusan menjadikan beliau tokoh srikandi Islam yang disegani di mata dunia.

Beliau juga banyak membantu khalifah dalam perjuangan menegakkan risalah suci di persada dunia. Peristiwa pengepungan yang berlaku selama 50 hari di rumah Khalifah benar-benar menguji tahap keimanan dan kesabaran hatinya. Beliau tidak pernah berjauhan dengan Khalifah, sentiasa memberikan semangat dan keyakinan kepada suaminya agar terus thabat dan sabar dalam meneruskan perjuangan suci ini.

Pada ketika itu pemberontak tidak henti-henti menyerang rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah-panah. Akibat dari peristiwa ini tiga orang telah terbunuh. Walaupun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis dengan orang ramai agar tidak mencederakan Khalifah, namun ada juga yang mengingkarinya. Pembelotan tersebut diketuai oleh Muhammad bin Abu Bakar.

Ketika Muhammad bin Abu Bakar bersama seorang sahabat memanjat rumah Khalifah, Naelah menjengukkan kepalanya di tingkap tanpa menutupi rambutnya. Lalu ditegur Khalifah.

��Naelah, tutupilah rambutmu kerana ia lebih besar nilai dari nyawaku ini.��

Namun Nelah tidak mengendahkan teguran tersebut kerana yang lebih penting baginya adalah menyelamatkan nyawa suami tercinta.

Tatkala kedua-dua pembelot itu berada di hadapannya, Naelah sudah bersedia untuk melindungi suami yang dikasihi. Lelaki pertama cuba menyerang Khalifah dengan pedangnya, namun dihalang oleh Naelah dengan tangan beliau hingga putus jejarinya. Kemudian Muhammad bin Abu Bakar menghayunkan pedangnya pula, tetapi ditahan oleh Naelah dengan tangan yang lain dan putus jejarinya. Kemudian dengan kejam Muhammad bin Abu Bakar mencabut janggut Khalifah, memukul kepala dan menikam beliau. Tanpa ada sedikit pun rasa belas kasihan di hati, Muhammad bin Abu Bakar telah menyelar tubuh Khalifah hidup-hidup. Namun apabila Muhammad bin Abu Bakar hendak memenggal kepala Khalifah, Naelah menahan tubuhnya bersama Syibah. Malangnya mereka berdua ditolak dan dipijak-pijak.

Selepas peristiwa pembunuhan Khalifah, tidak seorang pun yang berani untuk menguruskan dan memandikan jenazah beliau. Sehinggalah Naelah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Hawatib bin Abdullah al Uzza. Mereka juga tidak berani untuk mengebumikan jenazah beliau pada siang hari, akhirnya terpaksa dikebumikan antara waktu maghrib dan isyak, Naelah mendahului mereka dengan membawa lampu kecil untuk menerangi kegelapan malam.

Peristiwa pembunuhan Khalifah inilah yang membawa kepada pertelingkahan dan perselisihan dua puak di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Justeru, ratusan ribuan nyawa umat Islam terkorban akibat dari peristiwa ini. Bagi mendamaikan antara puak ini, Naelah telah menghantar surat kepada Muawiyah yang berbunyi, ��Jika dua golongan dari kaum itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Sekiranya salah satu keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah mereka itu sehingga mereka kembali kepada Allah.��

Surat tersebut dihantar bersama pakaian Khalifah yang telah koyak dan dipenuhi darah. Pada butang bajunya diikat janggut khalifah yang dicabut oleh Muhammad bin Abu Bakar. Beliau juga turut mengirimkan lima jarinya yang terpotong sebagai tanda telah berlaku pembelotan dan pembunuhan ke atas khalifah.

Selepas kewafatan suaminya, Naelah terus diselubungi kesedihan yang teramat sangat sehingga datang Muawiyah meminang beliau. Tetapi pinangan tersebut ditolak mentah-mentah, untuk mengelakkan dirinya terus dipinang,beliau telah mencabut dan mematahkan gigi sehingga orang ramai kehairanan. Ada yang bertanya kepada beliau, ��Mengapa kamu mematahkan gigi-gigimu yang cantik itu?��

Jawapan yang beliau berikan, ��saya tidak mahu kesedihan saya terhadap Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan saya juga tidak mahu lelaki mengetahui apa yang ada pada diriku sebagaimana yang telah diketahui oleh Uthman.��

Kata-kata tersebut adalah lambang kecintaan dan kesetiaan beliau kepada suami tercinta yang telah dibunuh di hadapan mata kepalanya sendiri.

Beliau juga banyak menggubah syair dan sajak yang diabadikan untuk suaminya. Juga tidak ada perkahwinan kedua dalam hidupnya selepas Khalifah Uthman.

Naelah al Farafisyah lambang peribadi mulia seorang srikandi Islam yang sanggup menggadaikan jiwa raganya demi mempertahankan suami tersayang dan Islam tercinta di zaman beliau.

 

ADe pe Di sEbalik Nickname aku???

Filed under: ~NuKilanKu BAkatKu Yg Terpendam~ — nysa0520 @ 7:24 AM

huhuhu… Aku suka Sgt NAme NAilah Al-Farafisyah krana….

Aku Suka Bc Buku tentang Serikandi ISlam.. Tp Aku pling tertarik ngan kisah NAilah Al-Farafisyah

Betapa Teguhnya cinta Nailah Al-Farafisyah yang setia bersama suaminya Uthman bin Affan dikala fitnah bergolak memecahkan perpaduan..

“Al Fitnah Al Kubra”

Ak begitu tersentuh membaca kisah hidup Saidina Uthman.. Sehingga kan Ak trus mengagumi Saidina Uthman.. Dan Sumbangan Beliau terhadap Agama ISlam…

Tahukah anda kisah Saidina Uthman?? Ha… klu xtau… marilah sama2… kita bca.. kisah nya…

“seDangkan MAlaikat Berasa maLu kepadanya”

Khalifah Uthman b. Affan r.a. yang menggantikan Khalifah Umar r.a. adalah daripada keturunan Bani Umaiyah. Kebanyakan kaum Bani Umaiyah, termasuk Khalifah Uthman sendiri, terdiri daripada golongan kaya, dan berpengaruh sejak Zaman Jahiliyah lagi. Khalifah Uthman b. Affan r.a. terkenal sebagai seorang dermawan dan sangat pemurah, khususnya setelah beliau memeluk Islam bayak hartanya dihabiskan untuk kepentingan Islam. Beliau dilahirkan pada tahun 576 M.. Nama sebenarnya ialah Uthman bin affan bin Abil As bin Umaiyah. Beliau digelar Zun Nurain yang membawa maksud mempunyai dua cahaya kerana pernah mengahwini dua orang puteri Rasullulah selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia. Beliau merupakan khalifah yang paling lama memerintah di kalangan Khalifah-khalifah Al-Rasyidin iaitu selama 12 tahun dari tahun 644 Masihi hingga 656 Masihi.

Pertabalan Saidina Uthman sebagai khalifah ketiga ialah melalui majlis syura. Sebelum Khalifah Umar meninggal dunia, terdapat enam orang calon yang layak telah dicadangkan termasuklah beliau dan Saidina Ali. Dalam mesyuarat yang telah diadakan selepas Khalifah Umar meninggal dunia, Saidina Uthman dan saidina Ali telah mendapat undi yang sama banyak. Atas persetujuan orang ramai dan majlis yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman bin Auf itu telah memilih Saidina Uthman sebagai Khalifah Islam ketiga.

Dari aspek politik menunjukkan Bahawa Saidina Uthman berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkand, Tripoli dan Cyprus. Bagi memepertahankan negara, beliau telah menubuhkan tentera laut Islam yang dikatakan yang pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

Kepelbagaian cara bacaan (qiraat) ayat al-Quran di kebanyakan wilayah berlaku apabila agama Islam tersebar luas. Cara yang dilakukan oleh Khalifah Uthman untuk menyelaraskan bacaan tersebut dengan mengisytiharkan sebuah naskhah al-Quran uyang disebut sebagai Mushaf Uthmani. Semasa pemerintahan Saidina Uthman, beliau telah membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat untuk para pengembara.

Beliau juga telah menyambung usaha untuk mempertingkatkan ekonomi dengan mengukuhkan peranan Baitulmal dengan menggunakanya bagi tujuan membiayai pembangunan negara dan juga memperkuat angkatan tentera laut Islam seperti membeli peralatan senjata dan kapal. Jizyah yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam diteruskan dan menjadi sumber pendapatan Baitulmal.


 

CAk!!! GEtting To Know Me…

Filed under: AbouT Me, MySelf n I... — nysa0520 @ 2:43 AM

HI… Memula mesti la nk memperkenalkan diri…huhu

About Me??

Nama DiberI KhAirunniSa Binti Mohd Kahar. Nama aku KalAu dlm Bhasa aRab “Khair” bermaksud Sebaik-Baik. N “nisa” bermaksud PerEmpuan/ Wanita.. Huhu So gabungkan jadilah “SEbaik-baik Wanita”.. hehe… Bagusnye parent aku.. letak nama aku.. Dengan Harapan Aku menjadi seorang insan yang BAik. Yang Berguna KEpada AgaMa ,Bangsa n Negara… Go Go Chayok!!! huhuhu… Ak dilahirkan Di sebuah Hospital Yg ak leh Banggakn la.. Hospital KuaLa Lumpur… ALamak Parent aku ni.. nk bersalin pun memilih tempat.. hehe.. xla sebenarnya Ayahku mahu yg Terbaik Untuk Diriku n Ibu ku..(padahal Da ayah aku keje Kt KL time tu). huhuhu…patut la da besar-besar ni ak rasa sgt bertuah… n slalu nk yg terbaik je.. upe nyer dr dlm perut lg da demand gle…hehehe tapi da besar ni byk wat salah kat ayah… hehehe ayah MAafkan kesalahan Anakanda mu ini ye… Ayah, Akak Syg Ayah… hehehe…Muah3x.. Xlupe gak PAda Ibunda ku yang tersayang… I Love u…Merupakan Anak Sulung Drpd 7 org adik beradik… hehehe ramai kn?? tp adik ak sume nye laki… Tp ade la jgk sorg pempuan tersesat,…xaci2.. sepatut nye ak sorg je… mane leh ada yg lain… uhuk3x sedih… da xleh mnja-manja ngan aYah…NAme adik2 aku…. Aizat, Akim,Anan,Azid, Adib n Wani… Wat pengetahuan kalian… adindA ku Adib.. xtinggal ngan KAmi sekeluarga… dia tinggal ngan Pak Andak n Mak Andak ak kt Shah Alam… Tapi xpe… Ak slalu blik Shah Alam.. leh jenguk2 die… hehehe…. To describe aBout My perangai plak.. xde r baik mane.. tp baik la jgk…. hehe… Simple, Cute( perasan) hehehe…Minat Gle2 cite Korean, JEpon n Sume Cite Antu.. huhu bru adventure… di smping itu, kte dapat bljr bahasa baru…bTl X?? Alim?? Not Really… Tapi masih berpegang teguh kpd Ajaran Islam… ” ISlam IS The Way Of Life”… Then, Ak de kwan2 yg begitu baik,… supportive… comel2…. tp aku ttp yg paling Comel… HUhu… Don’t Be jealous2x.. Senarai Bestfrenz ak ek… Kwan dr skola rendah smpi sekolah menengah.. Ai asyik Jumpe muka ko je Kina… hehehe jgn mrh Gurau jer…Then, Ayu… Yg sememang nye sEntiasa Ayu di MAta aku.. Ceh3x.. aku da promote diri ko ni wahai aYu ku… Chaiz…. Ko la sahabat Yg paling memahami aku… KEsian kte xsmpt Bermadu…xpe2… nanti kte shARE Pakwe kte ek.. huhuhu ( tp ak xsnggp nk share pakwe ak ngan org lain..) keh3x so K.I.V dulu la cdgn aku tu… kah3…tggu aku kwin ar.. leh r… nanti aku dpt payung emas… kerana benarkan suami aku kwin lain… hahahahaha macam sggp je… Nonie… KWn kampung sebelah.. huhuhu Pondok Batang Metropolitan MEet Chabau MEtrofulus… Tp wat pengetahuan korg… Chabau MEtrofulus ni da maju… Ade lrt, jet pejuang.,.. kereta cable… huhuhu xmain r naik bus… hahaha (Bus M.O.S xde tu pasal ak kutuk bus ni) hampeh… tunggu lme2 bus tp xsmpai2… hehehehe akhirnye teksi menjadi pilihan hati… Fulus pun manyak abis ma… Tu pasal Ak gelarkan KAmpung ak… KAmpung MEtroFulus…hehehe… Intan… Kau bagaikan intan permata yg menyinar dalam geNg bus Skola.. huhuhu tu Xla menyinar sgt Cam aku… MAklum la… aku kn bintang berkelipan… huhuhu…ZAkiah or Well known As ZAck… insan yg paling baik aku penah jumpe….ceh3x.. pujian menggunung ak bg ni… huhu…seorg yg lemah-lembut… huhu tp yg ni ak xleh kcu… ak ni xla lemah lembut mne… then, xlupe kepada G-bum N pAin.. MAaflah kte hanya Sempt bersama selama 2tahun je.. pastu korg da pindah skola teknik…huhuhu… Xpe2.. Aku still Syg korg… huhuhu…Love u…Muah… hehehe.. BaBa rakan ku… 2tahun kte 1 kls kn… huhuhu baba yg baik… baba yg comel… baba PEngawas Sejati… huhu…Hehe… wat kwn2 yg xsebut name… korg pun tetap di hati ku… Hehehe Love u All… muah3x… hehehe cukup la setakat ni je coretan aku tntg diri aku… nnti ak cite lg… hehehe

daaaaa….. Salam SaYang….